Pengikut

Isnin, 27 September 2010

Pelbagai patern kerusi lama.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca serta teman2 collector dan peminat barang2 lama /antik...
Kali nie ca nak share sedikit gambar2 kerusi lama yg ca dan hubby pernah repair, ada juga yg sedang di baik pulih serta sedang tunggu giliran untuk di baik pulih..heehehehe...okeyy..kita mulakan dgn kerusi yg pertama..
Kerusi makan british gambar bunga loceng..kalu nak tengok bunga dia kena klik kat gambar..kerusi nie kakinyer  berbentuk diamond , ca pernah jumpa kerusi nie dia ada 2 saiz besar dan kecil..biasanyer yg kecil di gandingkan untuk meja belajar.Kerusi nie ca suka sebab rekabentuk dia yg cun.


Kerusi kedua...kerusi makan kaki tangga..kerusi nie pada ca unik sebab rekabentuk dia yg bertingkat2 macam tangga..

Kerusi yg ketiga...Kerusi set untuk ruang tamu berbentuk R...belum siap di solek cam tak cantik jer ek..?

Kerusi R setelah siap di mekap dan berbaju baru...x sangka kiut camnie..

Kerusi keempat..Kerusi set untuk ruang tamu berbentuk R juga tetapi berlainan sedikit..

Kerusi yg mendapat tempat dihati pengemar barang2 lama..kerusi set seperti ini sebenarnyer ada beberapa patern yg lain seperti berbentuk C dan L .

Full set...Kerusi raya tahun nie..hehehe..


Kerusi yg kelima...Kerusi kaki U dengan tempat duduk boleh laras..(boleh diselaraskan mengikut keselesaan) tapi telah dimodified supaya tetap (tak boleh laras).Kerusi nie kalau tak silap paling banyak hubby ca dapat.

Kerusi keenam...Kaki kerusi berbentuk L ,kerusi nie bersaiz besar sesuai bagi yg berkaki panjang..kalau kaki pendek alamat tergantung kaki kalau duduk dikerusi nie..tempat duduk asal diperbuat daripada anyaman rotan.

Kerusi ketujuh..lebih kurang sama seperti kerusi yg keenam tetapi pater penyandarnyer yg berbeza..juga sesuaii untuk mereka yg tinggi yer.

Setelah di cuci...gambar setelah di varnis dan di pasang kusyen ca x sempat nak ambik sebab kerusi nie dah dihantar ke customer..tp memang cun bangget..

Kerusi kelapan..kerusi set ruang tamu kaki pensil..maybe sebab jalur kat kaki kerusi nie sebesar pensil tu yg di panggil kaki pensil..ada juga patern yg sebegini tetapi kaki berbentuk sudu @ ada sesetengah kita memanggil kaki kambing.

Kerusi kaki pensil setelah siap di baik pulih..mengekalkan tempat duduk asal mengunakan anyaman rotan


Kerusi kesembilan..kerusi makan kaki separuh bulat..solid kayu..

Kerusi kesepuluh..Kerusi set ruang tamu patern Giant hehehehe...memandai jer ca nie..yelah cuba tengok..sesuai kan? dengan besarnyer..ca cukup suka kerusi nie..cadangnyer nak buat kerusi raya tahun nie tp customer dah berkenan so jual kat dia.
Patern nie baru pertama kali ca jumpa..

Kerusi kesebelas..Kerusi set ruang tamu tahun 60an-70an..diperbuat daripada kayu jati..ada juga yg diperbuat dpd kayu lain..diperkemas dengan famica.

Kerusi kedua belas...Kerusi blackwood mother of pearl .
Sekian saja kisah kerusi2 yg ca ketahui...sebenarnyer ada byk lagi tp gambar banyak yg rosak kerana memori kad ca rosak so x bley nak buka..Diharap n3 ini dapat memberi info kepada peminat perabut lama.

10 ulasan:

  1. So many wonderful antiques here!!! beautiful all of them!!
    cariños from Chile,
    maria cecilia

    BalasPadam
  2. Thank you...maria..come again...

    BalasPadam
  3. Salam, tuan ada show room ke? dimana yer? budi peminat kerusi antik

    BalasPadam
  4. salam...saya xder showroom..cuma ada bengkel kecik jer...sebelah rumah.ruangtamu rumah jer yg jadi showroom.

    BalasPadam
  5. saya minat dengan kerusi gunting rambut. Ada yang masih belum terjual?

    BalasPadam
  6. kerusi gunting rambut xder stok..maklum paling laris..dan paling payah nak dapat..saya sendiri pun x dapat simpan..huhuhu..

    BalasPadam
  7. salam. nak tanya kerusi ke-11 tu ada lagi tak utk dijual?

    BalasPadam
  8. salam kenal
    Bertuahnya dapat kerusi2 antik nie dn yang paling bertuahnya dapat suami yg bertangan magik...semua boleh ditransformasikan...suke tgk

    BalasPadam
  9. Wow...cantiknya. Saya pun suka membaikpulih jugak...kalau ada apa2 boleh share sila bagitau, maybe saya pun boleh kongsi pengamalan juga

    BalasPadam
  10. kerusi ke12 masih ade lagi ke? harga berapa?

    BalasPadam