Pengikut

Khamis, 28 Januari 2010

SET FROM GERMANY

Salam semua....salam hari khamis dan kalau panjang umur kita jumpa lagi esok dihari jumaat..n3 ca hari berkenaan set dari jerman..set nie dah lama ada..cuma belum pernah dibuat n3 so bila Ezany dan En Mukhriz kita dah menayangkan set2 diorang..tergerak pulak nak show to uols...set nie lebih kurang jer cam set diorang cuma kaler dan corak bunga jer yg lain...

SET GERMANY kaler gold...berbunga halus.


JUG YG JELITA....ker...gambo amoi kat dulang tu yg jelitaaa...??? hee..hee..hee...


Gelas2 jinjang yang menawan kelebu...nipis seperti kulit telur...bertatahkan bunga ringkas yg timbul berselang-selikan line emas.


Close up bunga kat gelas..ringkas bebenor...


Label yg terdapat di jug...klik gambar untuk lebih jelas..

Selasa, 26 Januari 2010

Tanduk RUSA

Salam...dan selamat petang semua...dah lama xder cerita kat sini ek...? Maaf ler buat yg tertunggu2 n3 dari ca...emm..perasan betullll....cik akak nie..
Sebenarnyer semenjak dua menjak nie ca sibuk sikit sbb byk hal yg berlaku so nak buat n3 pun x sompek...
n3 kita hari nie pasal tanduk rusa...rusa sapa ler yg terlepas nie ek..? kat rumah ada sepasang tanduk rusa.. pada pandangan ca ler...cantik sangat...sebab apa cantik? sebab cuba tengok tanduk nie..seimbang jeer kan tumbuh dia..pastu tajam..x macam sesetengah tu ada yg besar sebelah pastu dempak pulak..hujung dia.

tanduk nie cik abang ca yg beli...susah jugak nak dapat yg betul2 cantik cenggini..kalu dulu2 org dulu buat hiasan sambil2 tu buat sangkut topi ker...songkok ker..


Yg nie pun cantik gak kan? sekarang x boleh sesukati bunuh binatang cam rusa nie...lagi pun dah ada undang2 yg melarang. okey ler setakat nie dulu..jumpa lagi nanti..

Isnin, 4 Januari 2010

FOR SALE...

Salam semua....selamat petang isnin...hari nie tiada n3 pasal pinggan mangkuk lama tp nak umumkan kepada peminat2 @ collector2 gelas yg rare nie..ca buka untuk jualan kepada yg berminat...boleh call ,sms @ email kat ca 016-2067774 @ email casasuria09@yahoo.com.my dan satu set buluh mas from japan juga untuk di jual kepada yg betul2 berminat sahaja.

Gelas sempena menyambut  Hari Kemerdekaan 31 AUGUST 1957
gambar Tunku Abdul Rahman Al-Haj , bendera umno dan bendera malaysia
harga : RM150.00 sebiji termasuk pos.
2 dah jual tinggal 1 masih ada.

Gelas H.H.Sir Ibrahim Sultan Of Johore
sempena jubli Intan 1895-1955
harga : RM100 sebiji termasuk pos
ada 6 biji sahaja


Set buluh mas
6 biji cawan berserta piring
6 biji piring kuih
1 biji jug susu
1 biji tempat gula berserta penutup
1 biji teko alladin berserta penutup
tiada retak @sumbing
harga : RM750.00 termasuk pos.

kepada sesiapa yg berminat boleh call okey.