Pengikut

Sabtu, 7 Mei 2011

Kerusi gunting rambut...edisi make terover....

Assalamualaikum...waahhh...dah bersarang lelabah blog nie ter..tp still ada gak yg sudi berkunjung..bz dgn biz yg seciput smpi xder mase nak jenguk..ok ..request dpd customer yg nak tgk kerusi gunting rambutnya yg dah dimake over...so layannn...

nie ler ropa kerusi sebelum di make over oleh cik somi...

Closed up di kiri..


setelah dileraikan dan dibersihkan..dan diperbaiki mana yg patut..dan di gosok dan di varnis..

part2 yg lain juga....diberi sentuhan baru...

separuh siap....

pandangan hadapan...separuh siap..

pandangan hadapan ..siap sepenuhnya..

pandangan tepi...

bahagian belakang...
Sekian sahaja....

Isnin, 14 Februari 2011

Sesiku untuk dijual @ ditempah...

Sesiku untuk rumah sesiapa yg nak tumbang...juga sesuai untuk pergola @ wakaf...sesuai untuk semua jenis rumah..rumah papan dan rumah batu...boleh juga digunakan untuk dibuat hiasan didalam rumah seperti dipintu diantara ruang tamu dan ruang tengah atau dapur..

saiz 22inci x 22inci

diperbuat dari kayu (campur-campur seraya dan lain2)

Contoh tempat letak sesiku...



Harga sepasang RM300.00 boleh dipos...
kalau mengunakan kayu cengal harganya rm250.00 satu.


Lagi contoh tempat letak...gambar dari mr Google..kredit untuk tuan punya..

Lagi contoh tempat letak sesiku..

Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh sms @ tel @ emel saya di 010-7083445 emel casasuria09@yahoo.com.my

Sabtu, 29 Januari 2011

Showcase kaki pintal 2 pintu untuk dijual..


SOLD OUT

Assalamualaikum semua...lama menyepi yek...bizi dgn kerja dan urusan rumahtangga..heeheehee...
okaylah..strait to the point..kali nie ca nak umumkan barang baru yg hendak dijual...
sebuah almari untuk mempamerkan pml-pml kakak2..makcik2..pakcik2..abang2..dan adik2...
Almari nie belum siap sepenuhnyer...kepada yg berminat bolehlah sms ..tel..atau email kp saya...
Harga yg kami tawarkan ialah RM2500.00 siap sepenuhnya..tetapi tidak termasuk penghantaran..bagi yg berdekatan penghantaran PERCUMA...
Perlu diberitahu juga..deposit diperlukan apabila confirm untuk memiliki almari ini..sebarang pertanyaan boleh di salurkan kepada saya ca ditalian 010-7083445.
clik pada gambar untuk lebih jelas.

Selasa, 16 November 2010

Beberapa item untuk dijual...self collect.

Khas buat warga Johor tidak kira dimana anda berada...beberapa item pinggan mangkuk lama untuk dijual kepada mereka2 yg tinggal di Muar..Batu Pahat...@ mempunyai kampung halaman di negeri Johor..dan merentasi kawasan Muar...kerana barang2 yg hendak dijual semuanya perlu diambil sendiri.

Bekas air..@ koja...RM30.00  ada beberapa biji..(Yatt jgn risau yer..yatt punya dah simpan..hehehe) Sold to Ezany,Julaina dan Kak Nannie....SOLD OUT

Pinggan makan saiz 9 inci..ada beberapa biji..RM40.00 sekeping..
Jenama KHYBER  (Johnson Bros) made in ENGLAND
kaler biru..

Kyhber johnson bros juga ..9 inci juga...made in england juga..
Harga RM40.00 sekeping juga.

Chop mohor pinggan...
kepada yg brminat boleh sms saya 010-7083445.

Isnin, 27 September 2010

Pelbagai patern kerusi lama.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca serta teman2 collector dan peminat barang2 lama /antik...
Kali nie ca nak share sedikit gambar2 kerusi lama yg ca dan hubby pernah repair, ada juga yg sedang di baik pulih serta sedang tunggu giliran untuk di baik pulih..heehehehe...okeyy..kita mulakan dgn kerusi yg pertama..
Kerusi makan british gambar bunga loceng..kalu nak tengok bunga dia kena klik kat gambar..kerusi nie kakinyer  berbentuk diamond , ca pernah jumpa kerusi nie dia ada 2 saiz besar dan kecil..biasanyer yg kecil di gandingkan untuk meja belajar.Kerusi nie ca suka sebab rekabentuk dia yg cun.


Kerusi kedua...kerusi makan kaki tangga..kerusi nie pada ca unik sebab rekabentuk dia yg bertingkat2 macam tangga..

Kerusi yg ketiga...Kerusi set untuk ruang tamu berbentuk R...belum siap di solek cam tak cantik jer ek..?

Kerusi R setelah siap di mekap dan berbaju baru...x sangka kiut camnie..

Kerusi keempat..Kerusi set untuk ruang tamu berbentuk R juga tetapi berlainan sedikit..

Kerusi yg mendapat tempat dihati pengemar barang2 lama..kerusi set seperti ini sebenarnyer ada beberapa patern yg lain seperti berbentuk C dan L .

Full set...Kerusi raya tahun nie..hehehe..


Kerusi yg kelima...Kerusi kaki U dengan tempat duduk boleh laras..(boleh diselaraskan mengikut keselesaan) tapi telah dimodified supaya tetap (tak boleh laras).Kerusi nie kalau tak silap paling banyak hubby ca dapat.

Kerusi keenam...Kaki kerusi berbentuk L ,kerusi nie bersaiz besar sesuai bagi yg berkaki panjang..kalau kaki pendek alamat tergantung kaki kalau duduk dikerusi nie..tempat duduk asal diperbuat daripada anyaman rotan.

Kerusi ketujuh..lebih kurang sama seperti kerusi yg keenam tetapi pater penyandarnyer yg berbeza..juga sesuaii untuk mereka yg tinggi yer.

Setelah di cuci...gambar setelah di varnis dan di pasang kusyen ca x sempat nak ambik sebab kerusi nie dah dihantar ke customer..tp memang cun bangget..

Kerusi kelapan..kerusi set ruang tamu kaki pensil..maybe sebab jalur kat kaki kerusi nie sebesar pensil tu yg di panggil kaki pensil..ada juga patern yg sebegini tetapi kaki berbentuk sudu @ ada sesetengah kita memanggil kaki kambing.

Kerusi kaki pensil setelah siap di baik pulih..mengekalkan tempat duduk asal mengunakan anyaman rotan


Kerusi kesembilan..kerusi makan kaki separuh bulat..solid kayu..

Kerusi kesepuluh..Kerusi set ruang tamu patern Giant hehehehe...memandai jer ca nie..yelah cuba tengok..sesuai kan? dengan besarnyer..ca cukup suka kerusi nie..cadangnyer nak buat kerusi raya tahun nie tp customer dah berkenan so jual kat dia.
Patern nie baru pertama kali ca jumpa..

Kerusi kesebelas..Kerusi set ruang tamu tahun 60an-70an..diperbuat daripada kayu jati..ada juga yg diperbuat dpd kayu lain..diperkemas dengan famica.

Kerusi kedua belas...Kerusi blackwood mother of pearl .
Sekian saja kisah kerusi2 yg ca ketahui...sebenarnyer ada byk lagi tp gambar banyak yg rosak kerana memori kad ca rosak so x bley nak buka..Diharap n3 ini dapat memberi info kepada peminat perabut lama.

Isnin, 20 September 2010

Syawal Tiba Lagi...


Sempena bulan syawal yg mulia ini.. ca menyusun sepuluh jari kanan dan kiri memohon maaf andai ada tersilap kata terkasar bahasa...dan terkurang membalas komen2 rakan2 blogger..harap dimaafkan yer..
SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Sudi2kanlah meletakkan kad ini di rumah masing2 yer..
maaf kerana terlambat...

Selasa, 24 Ogos 2010

Kerusi Gunting Rambut

Salam ramadhan untuk semua...lama tertangguh nak bersiaran...kali nie ca paparkan kerusi gunting rambut yg hubby ca repair...bukan ca punya tapi kepunyaan salah seorang regular customer hubby ca..kenapa kerusi nie menjadi pilihan? Sebabnyer pada ca kerusi nie cantik..walaupun sebelum2 nie pernah gak buat tp x sama patern..bagi ca yg nie paling cantik.Okeylah..layannnzzzz.......
Kerusi gunting rambut setelah dicuci dan dispray kaler yg baru...nie sebahagian jer part dia..ada banyak lagi..

penyandar yg dibuat baru kerana yg lama x dapat dikesan...dibuat dpd kayu jati.

proses membuat lengan kerusi..tukar span yg baru..supaya lebih empokkk..

satu dah sudah tinggal satu lagi...

bahagian seterusnyer...

hampir 90% siap.....

close up bahagian belakang...

tempat meletak kaki..

Taraaa...100% siap...bahagian kusyen tempat duduk tu jer yg ca buat..yg lain cik abg ca yg buat..ca tolong tengok jer...hee..hee..hee...amacam...cun tak?